MAKING MONEY

Wednesday, June 10, 2015

Inikah Balasan Kepada Rakyat

Amat-Amat Mengejutkan Hospital Tempat Rakyat Merawat Kesakitan Telah Terpaksa Dicuri Hasil Titik Peluhnya Apabila Mereka Meletak Kereta Mereka Di Dalam Persekitaran Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru .#HSAJB

Kenapa Pengurusan  HSA juga turut Untuk mencuri sedikit wang dari rakyat.Apakah Janji kerajaan Pusat Untuk mendahulukan rakyat Telah Dilupakan .Sudah Pasti Perkhidmatan Parking Ini Juga dikenakan GST.
Siapalah Sebenarnya Pemilik #Metroparking sehingga Mereka berjaya membuat Kerajaan pimpinan DS Najib Lupakan akan janji Untuk mendahulukan Rakyat.Jangan BIARKAN Rakyat Makin Bosan 


Friday, May 15, 2015

Selamat Hari Guru


Selamat Hari Guru Buat Semua Guru Di Dunia,Semoga Anda Semua Di Berkati,Kepada Guru Yang Pernah Megajar Saya Saya Doakan Agar Allah Memberi Nikmat Balasan Seindahnya DiSyurga Nanti,Terima Kasih Cikgu #Hariguru2015

Tuesday, April 7, 2015

GST PENGGUNA PERLU BIJAK.

Bermula 1hb April 2015,Negara Malaysia Menjadi Anak Bongsu Dalam Negara-Negara Yang Melaksanakan Cukai Barang Dan Penggunaan (#GST).Seperti Kita Sedia Maklum Perlaksanaan Cukai #GST Ini Telah Banyak Negara Yang Menglaksanakannya Termasuklah Negara-Negara Jiran Kita.Tetapi Rakyat Malaysia Bagaikan Dimomokan Dengan Kehadiran #GST Ini Dengan Momokan Yang Menakutkan.Kerana Momokan Inilah Hingga Ada Yang Turut Serta Kempen #HapusGST.

Tetapi Jika Dinilai Secara Logik Jika Majoriti Negara Dunia Sudah Menjalankan #GST Apakah Tindakan Mereka Salah?.Sebenarnya #GST Yang Malaysia Laksanakan Masih Ada Timbangrasanya Terutama Keperluan Asas Dan Keperluan Umum.Ini Bermakna Jika Barang Keperluan Asas,Dan kepentingan Majoriti Umum Tidak Di Kenakan #GST Kenapa Kita Perlu Risau.Beras.Ikan,Sayur Gula Susu Bayi Bawah 36Bulan Dan Lain-Lain Lagi Tidak Dikenakan GST,Begitu Juga RON95,Jadi Kita Perlu Sedar Dan Memupuk Budaya Berbelanja Apa Yang Perlu.

Disini Ramai Antara Kita Ditakutkan Dengan Harga Barang Yang Akan NAIK,Apakah Kerana GST Barangan Naik Harga,Atau Tauke-Tauke Yang Ambil Kesempatan Atas Nama GST.Seperti Kita Patut Tahu,Mengapa Kenapa Pasaraya #MYDIN Dan #JAKEL Boleh Menyerapkan Cukai GST 6%,Dan Pembeli Tidak Dikenakan GST,Dan Harga Tidak Digandakan.Kerana Ada Kaedah Rebat Pulangan Yang Boleh Di Tuntut Oleh Pengilang Dan Pemborong.Kalau Pemborong Dan Pengilang Boleh Tuntut Semula Cukai Tersebut Kenapa Barangan Perlu Di naikan.#Pengguna Mesti Pandai,Bertanya,Minta Resi Pembelian.Malu Bersuara Anda Ditipu.

Disini Saya Sarankan Kita Bersama Membantu Kerajaan Menghapuskan Peniaga Yang Membuat Catuan Harga ini,Demi Kepentingan Kita Juga.Ada Juga Terkeliru Antara GST Dan SST.Jangan Terkeliru.SST Adalah Cukai Perkhidmatan Yang Bukannya Untuk Kerajaan.

Akhir Sekali Marilah Bersama Bersedia Dalam Kehidupan GST,Semak Barangan GST Di Aplikasi "MYKIRA GST".

Saturday, March 7, 2015

KEMBALI BERBICRA

KEMBALI BERBICARA

Bagaikan Berjuta Purnama lamanya,
Kita Melayari Haluan kendiri,
Lantaran Kita Berbeda Kemudinya,
Takdirnya Kini…
Mesra terjalin kembali

Kita Kembali Berbicara,
Bagaikan kita Tak Pernah lupa,
Diatara kita Pernah Wujud,
Naluri Adam Dan Hawa,
Persis Naluri Sahjahan Dan Muntaz.

Kita Kembali Berbicara,
Tiap Detik Dan Ketika,
Kekadang Kita Terlupa,
Ada Insan Punah Terluka,
Insan Yang Setianya Untuk Kita,
Persis Setia ku padanya.

Memang Kita sekadar berbicara,
Kekadang Kita Lupa,
Kita Menyintainya,
Dan Terus Setia,
Cuma Kita Tetap Terleka,
Untuk terus Berbicara.

Monday, January 5, 2015

KAYA DI SANJUNG MISKIN DI HINA

KAYA DISANJUNG MISKIN DIHINA...Itulah hakikatnya kehidupan manusia dimana jua.Dari dulu zaman-berzaman.Tetapi siapakah yang ingin hidup miskin?Pasti tiada,tapi apakan daya mungkin sudah suratan takdir.Kadangkala simiskin hari-hari berdoa moga Tuhan memberi kekayaan walaupun sekali,Tetapi ada yang sampai akhir hayat hidup dalam kemiskinan.Cuma diharapkan mereka kaya dengan iman.

Bertuahlah anak-anak yang bapa atau ibunya kaya,mungkin boleh diwarisi harta itu,tak perlu lagi bekerja keras untuk membna empayar baru.tapi kau tak perlulah nak berlagak sombong,Malas nak kerja,kerja memilih kerana harta tak kekal lama,Bak kata Pepatah,Gunung Yang Tinggi Bila Di gali pasti runtuh Jua.
Tetapi itulah kebanyakan anak-anak orang kaya.Mereka lupa itu harta pinjaman untuk ibubapanya sahaja

Kekadang ramai yang tertanya,kenapa susahnya aku nak kaya,susahnya nak aku mewahkan anak-anak aku?Kerja siang malam,Apa jua di ikhtiar masih jua berat nak meninggikan tabungan.Kadangkala hampir putus asa.Mengapa samapai begitu....?

Tuesday, December 30, 2014

QZ8501...TAKDIR YANG TAK DIDUGA

Penumpangku QZ8501Dalam Hening Pagi...Setelah Melambai Salam PerpisahanDengan Saudaramu,Dengan Sahabatmu,Dengah Isteri,Kekasih Atau Anakmu,Kau Duduk Berserah Agar Perjalananmu Di Restui Tuhan,Di Rahmati Olehnya,Tangan Kau Tadah,Dada Kau Lapangkan,Memohon Perkenang Tuhan Selamatkan Perjalananmu
Aku QZ8501Dengan Semangat Ingin Berjasa,Bakti Pada Mereka,Mereka Yang Menusuk Masuk Perutku,Kerana Ku Tahu,Mereka Pergi,Demi Niat Sesuatu,Selamat Tinggal Surabaya,Changi Singapura Ku Tuju Destinasi.
Aku QZ8501,Ku Tak Menyangka ,Perjalanan Ini Penuh Ngeri,
#doakuuntukqz8501danwarganya
Lautan Pulau Awan Perkasa,Menghalang Bagai Armada,Kental Dah Kuat.
Tapi Aku....#QZ8501Juga Bersemangat Waja,Aku Juga Ingin Menjadi Wira,Agar Mereka Tidak Lupa,Niat Dan Doaku Padanya,Jauhkan Aku Dari Petaka,Seperti Saudaraku #MH370 Hilang Entah Kemana,#MH17 Terkorban Sebagai WiraKu Tarung,Ku Lawan,Namun Apakan Daya,Aku Tewas,Aku kalah Pada Usia Pagi Masih Muda.Aku Terjunam,Lemas Didasar Lautan,Mereka Yang Payungi Doaku,Biarlah Aku QZ8501 yang pergi,Tapi Kalian Kembalilaj Kesisi,Keluarga Mu Yang Menanti.
Ayuh Kita Sama Berdoa Warga QZ8501 Selamat KembaliPada Keluarga Moga Tuhan Ku Permudahkan




#BAH2014.SIRI GAMBAR

DISINI DI PETIK BEBERAPA KEPING GAMBAR UNTUK TONTONAN,UNTUK KITA SAMA-SAMA MENGINSAFI DUGAAN ALLAH INI.JANGAN LUPA HULURKAN BANTUAN KEPADA MEREKA YANG MEMERLUKAN.