MAKING MONEY

Tuesday, December 30, 2014

QZ8501...TAKDIR YANG TAK DIDUGA

Penumpangku QZ8501Dalam Hening Pagi...Setelah Melambai Salam PerpisahanDengan Saudaramu,Dengan Sahabatmu,Dengah Isteri,Kekasih Atau Anakmu,Kau Duduk Berserah Agar Perjalananmu Di Restui Tuhan,Di Rahmati Olehnya,Tangan Kau Tadah,Dada Kau Lapangkan,Memohon Perkenang Tuhan Selamatkan Perjalananmu
Aku QZ8501Dengan Semangat Ingin Berjasa,Bakti Pada Mereka,Mereka Yang Menusuk Masuk Perutku,Kerana Ku Tahu,Mereka Pergi,Demi Niat Sesuatu,Selamat Tinggal Surabaya,Changi Singapura Ku Tuju Destinasi.
Aku QZ8501,Ku Tak Menyangka ,Perjalanan Ini Penuh Ngeri,
#doakuuntukqz8501danwarganya
Lautan Pulau Awan Perkasa,Menghalang Bagai Armada,Kental Dah Kuat.
Tapi Aku....#QZ8501Juga Bersemangat Waja,Aku Juga Ingin Menjadi Wira,Agar Mereka Tidak Lupa,Niat Dan Doaku Padanya,Jauhkan Aku Dari Petaka,Seperti Saudaraku #MH370 Hilang Entah Kemana,#MH17 Terkorban Sebagai WiraKu Tarung,Ku Lawan,Namun Apakan Daya,Aku Tewas,Aku kalah Pada Usia Pagi Masih Muda.Aku Terjunam,Lemas Didasar Lautan,Mereka Yang Payungi Doaku,Biarlah Aku QZ8501 yang pergi,Tapi Kalian Kembalilaj Kesisi,Keluarga Mu Yang Menanti.
Ayuh Kita Sama Berdoa Warga QZ8501 Selamat KembaliPada Keluarga Moga Tuhan Ku Permudahkan




#BAH2014.SIRI GAMBAR

DISINI DI PETIK BEBERAPA KEPING GAMBAR UNTUK TONTONAN,UNTUK KITA SAMA-SAMA MENGINSAFI DUGAAN ALLAH INI.JANGAN LUPA HULURKAN BANTUAN KEPADA MEREKA YANG MEMERLUKAN.











Sunday, December 28, 2014

BAH 2014

Cuaca Hari Ini Kelihatan Sedikit Cerah,Kita Sudah Hampir Seminggu Di Kejutkan Dengan Satu Ujian Allah Yang Melanda Negara,Khususnya Buat Saudara di Kelantan,Terengganu Dan Pahang Selain Perak,Kedah Serta Sedikit Merebak Ke Johor.Ramai Yang Mengeluh Dan Terkejut Dengan Apa Yang Berlaku.Mana Tidaknya,Hampir Seluruh Bandar Kota Bahru Tenggelam,Stadium Sultan Mohamad IV seperti Stadium Polo Air,Gua Musang,Kuala Krai,Rantau Panjang Pun Sama Terlibat Musibah.

Terengganu Pula Ada Tempat Seperti MimpiNgeri,Contohnya #Pasir Raja Air Naik Sehingga Paras Tertinggi Kekawasan Padang Bola,Perkuburan Islam Dan Rumah Rehat,Balai Polis Kuala Jengai Terpaksa Di Tutup Sementara,Anggota Bomba Jatuh Dari Runtuhan Jalan Dalam Usaha Menyelamat Penduduk Kampung Shukor,Pasir Raja Hinggakan Jalan Terputus.Kemaman ,Hulu Terengganu Dan Kuala Terengganu Tidak Ketinggalan.Begitu Juga Pahang.Paling Menyayat Hati Ada Mangsa Yang Mati Lemas,Meninggalkan Anak-Anak.


Musibah Ini satu Dugaan Mungkin Berat Bagi Kita Insan Biasa,Apa Tidaknya Takala Musim Persekolahan Hendak Di Buka,Mungkin Sudah Ada Barangan Keperluan Sudah Di Beli.Begitu Juga Dengan Perkakas Lain Seperti Barang Elecktrik,Perabot Dan Kenderaan.Musnah Seperti Di Landa Tsunami.Mangsa Hanya Mampu Berdoa Agar Ada Pihak Menghulurkan Bantuan.


Terima Kasih Kepada Para Pemimpin-Pemimpin,Anggota Bantuan Dan NGO Yang Turut Sama Turun Padang Melihat Dan Mendengar  Kesulitan Serta Menghulur Bantuan Yang Termampu.Perdana Menteri Sendiri Telah Turun Padang Melihat Kepayahan Rakyat,Dan Difahamkan Sehingga Tulisan Ini Keluar,Saya Difahamkan RM500 Juta Telah Diluluskan Untuk Bantuan Oleh Kerajaan Perseketuan Untuk Membantu Serba Sedikit Mangsa,Kerajaan Terengganu Sendiri telah Menambah Peruntukan RM1 Juta Sebagai Tambahan.Terima Kasih Di Ucapkan.


Pada Ketika Bencana Ini,Marilah kita Bersatu Walaupun Berbeza Fahaman Politik Dan Agama.Yang Penting Mangsa Adalah Insani Yang Memerlukan Bantuan.Jangan Hnaya Tahu Nak Mencari Salah Sesiapa...


Jadikan #BAH2014 Satu Titik Permulaan Untuk Kita Bertambah Bersatu Dalam Negara Malaysia Yang Kita Cintai.Kepada Yang Berkemampuan Teruskan Membantu.Kita Juga Boleh Menyumbang Melalui Beberapa Tabung Yang Di Wujudkan Contohnya 


                                                            Media Prima
                                                   #PEMUDAUMNO
SEMOGA PENYUMBANG SEMUA DIRAHMATI DAN BERI KEBERKATAN

Tuesday, December 23, 2014

TERASA LAPAR NAK MAKAN MAGGI

Kekadang Kita Bekerja Sampai Larut Malam,balik Rumah Malas Nak Masak,dari Dulu Mee Segera Maggi Memang Menjadi Pilihan Ramai.Buka Apa Senang dan Mudah,Disini Saya Ambil Beberapa Menu Yang di sediakan dalam Wen Maggi  #MAGGI ,Nampak Macam sedap je..Jom Kita Cuba.Perut Dah lapar ni.
MAGGI M2MN Kari & Asam Laksa
.

Kalau Nak Cuba Jom tengok Resipi Ini

1.Sediakan 2 Bungkus Mee Maggie Perisa Kari Atau Tom Yam
2.Telur 3.Sayur 4.Bebola Ikan.5.Bawang 6 Perencah  Maggi Secukup Rasa

Panaskan minyak,Tumiskan bawang,bebola ikan dan masukan maggi secukup Rasa,Stelah Naik bau wangi masukan air.

Kemudian,Basuh Kepingan Mee Segera Maggi,masukan Kedala air yang sudah mendidih,

Masukan Telur.Kemudian Campurkan Perencah Maggie.

Siap Boleh makanlah...arrrghh  Sebenarnya aku yang lapar ni.




Sunday, December 21, 2014

MUSIM PERSEKOLAHAN DAH NAK MULA?

Cuti semester akhir tahun 2014 sudah berada di penghujungya,Ibubapa sudah ada ibubapa yang sudah pening kepala memikirkan barang keperluan anak-anak yang akan memulakan persekolahan musim 2015.

Bagi keluarga yang berpendapatan mewah mungkin mereka tidak terasa bebanan,kerana bagi mereka itu cuma sebahagian kecil sahaja peruntukan yang dikeluarkan ,tetapi bagaimana keluarga yang pendapatan sederhana dan kurang sederhana.Bagi mereka ia satu bebanan dengan kadar harga yang kadangkala melambung tinggi bila musim Cuti persekolahan bakal berakhir.Kita tahu ianya sama seperti pasaran komoditi,bila permintaan melampau pengeluaran kuarang pasan naik.Tetapi itulah perkara yang memeningkan ibubapa yang pendapatan kecil dan sederhana.

Keperluan untuk seorang anak bagi yang baru menjejak kaki kelam persekolahan sekurang-kurang keperluan asas seperti berikut di perlukan:
1.2 Pasang Kasut Putih    5.Sebuah Beg Sekolah
2.2Pasang Stoking putih  6.Alatulis
3.2 Pasang Kain/seluar    
4.2 Pasang Baju putih

Beikut adalah anggaran Harga untuk keperluan diatas.


1.Sepasang Kasut Putih (RM30.00)    5.Sebuah Beg Sekolah (RM45.00)
2.Sepasang Stoking putih (RM5.00)  6.Alatulis (RM30.00)
3.Sepasang Kain/seluar    (RM37.00)
4.Sepasang Baju putih (RM26.00)

Anggaran Kos Untuk seorang Pelajar Sekurang-kurangnya RM271.00,Ini adalah dikira bagi pembelanjaan yang sederhana,Tidak berjenama dan Menjimatkan.Jika difikirkan ada keluarga yang anaknya menduduki alam persekolah 2 Orang atau Tiga orang serentak.

Disini apa yang dapat kita kongsikan hanyalah kepada ibubapa,sikap menabungmat perlu,kerana kalau nak di harap Bantuan RM100.00 dari kerajaan setiap tahun tidak mencukupi ,Apatah lagi kekadang sekolah apabila dibuka banyaknya pihak guru-guru minta membeli bulu rujukan dan latihan.Walaupun tidak dipaksa tetapi ada yang ketika anak-anak kita sering di pinta oleh guru sehingga anak-anak kita terasa malu.

Bagaimana kita nak menyelsaikan masaalah ini?Yang pasti setiap tahun adalah satu kewajipan untuk ibubapa kepada anak-anaknya.
________________________________________________________________________
"Menerima Tempahan Alatan Pejabat"

Monday, December 15, 2014

TERENGGANU NEGERI KILANG AHLI SUKAN

TAHNIAH!TAHNIAH!TAHNIAH

Itu Yang Dapat Aku Lahirkan Kepada Pasukan #THT (Terengganu Hockey Team) Kerana Berjaya Menjadi Juara Berganda Dalam Kejohanan Liga Hoki Malaysia.
Apa Yang Nak Di Tuliskan Bukanlah Kejayaan THT Semata-Mata Tetapi Kejayaan Negeri Terengganu Yang Ramai Melahirkan Tokoh Dan Ahli Sukan Di Persada Malaysia Hingga Peringkat Dunia.
Bukan Sekadar Hoki,Bolasepak,Olahraga,Memanah,Lumba Basikal.Ternyata Ramai Anak Kelahiran Bumi Darul Iman Laris Di Pasaran Malaysia Untuk Liga Tempatan.Dan Tidak ketinggalan Ramai Yang Mewakili Negara Ke Peringkat Antarabangsa Malah Ada Sudah Berdiri Setanding Dengan Ahli Sukan Dunia Yang Lain.

Sebagai Contoh,Bolasepak Untuk #LigaMalaysia,Boleh Di Perkatakan Betapa Ramai Anak-Anak Terengganu Mewakili Kelab Atau Negeri-Negeri Di Malaysia,Dan Pasukan #TerengganuFA Dan #TTeam Sendiri Menggunakan 90 Peratus Adalah Anak Jati Terengganu,Kerana Banyak Bakat Bolasepak Terengganu Kita #HanelangFC Di wujudkan Demi Mengembangkan Lagi Bakat  Bolasepak Terengganu.

Lumba Basikal Semua Pasti Ingat Azizol,Fathiah Mustapa,Aidiq,Anuar Manan Nama-Nama Ini Tidak Asing Lagi Dalam Dunia Lumba Basikal Negara,Malah Azizol Dan Fathiah Sudah Bertaraf Dunia.Kerana Ramai Bakat Berbasikal Negeri Kerajaan Terengganu Di Bawah Pimpinan Dato' Seri Ahmad Said Suatu Ketika Dulu Telah Menubuhkan #TSG Kelab Berbasikal Terengganu.

Begitu Juga Dengan Hoki Dan Memanah,Tidak Ketinggalan Menyumbang Bakat Untuk Negara.Semoga Terengganu Tereus Menjadi Kilang Bakat Sukan Negara.


"Katering Service" Klick "

Selamanya Harimau Malaya - Ultras Malaya Feat. Joe Flizzow , Carleed & A...



AYUH HARIMAU MALAYA #AFFSUZUKICUP.

Sunday, December 14, 2014

#AFFSUZUKICUP2014 THAILAND VS MALAYSIA (FINAL)

 Kebangkitan Luar Biasa Anak Buah Dollah Salleh Di Hanoi Vieatnam,Dimana Harimau Malaya Berjaya Menewaskan Vietnam 4 Gol Berbalas 2 Di Hadapan Penyokong Tegar Vieatnam,Kini Tugas Lebih Mencabar Bagi Pasukan Yang Diketua Shukor Adam Untuk Menghadapi Tentera Gajah putih Di Kota Bangkok Pada #17hb.Dec 2014

Buat Masa Ini Gandingan Orang-Orang Vateran (Indraputra ,Shukor Dan Amri) Telah Nampak Kebisaannya,Ditambah Ramuan Kepakaran Dan Kerajinan Shafiq Rahim Dan Pertahanan Kental Zubir Azmi.Tetapi Melawan Thailand Di Gelangan Mereka Sendiri Memang Penuh Cabaran,Kerana Thailand Juga Merupakan Pasukan Yang Liat Untuk Di Kalahkan.Apatah lagi Semangat Pemain Mereka Yang sentiasa rajin Tak Kira Generasi Vateran Atau Generasi Sekarang.


Tetapi Saya Yakin,Dollah Salleh Sudah Ada Perancangan Yang Jitu Dengan Buah-Buah Strategi Apatah Lagi Harimau Malaya Hampir Menewasakan Thailand Dalam Pusingan Liga Kumpulan Di Stadium Jalan Besar Singapore.Jika Perancangan Tempohari Digunakan,Di Ubah 2 atau Tiga Ramuan Pasti Kita Berjaya Membawa Hasilan Gol Dari Kota Bangkok Untuk Kita Tetaskan Di Stadium Bukit Jalil Pada #20hb Dec 2014 Nanti.

Paling Perlu Dipertingkatkan Adalah Barisan Pertahanan Dan Gawan Jangan Banyak Kesilapan.Kalau Boleh Kosongkan Kesilapan Kerana Jika Kelekaan Di Pamerkan Pemain Thailand Memang Pandai Mencuri Kesilapan.Bagi "Midfield" Yang Pasti Masih Shafiq Rahim Di Beri Amanah,Sebolehnya Kawasan ini Adalah Hak Kita,Supaya Tidak Terlepas Ke Garisan Pertahanan,Dengan Itu Dapatlah Perjalanan Bola Sentiasa Pergi Ke Arah Pintu Gol Thailand,Serangan Bertubi-tubi Dengan Kecekapan Penyerang "Cium-Ciumkan" Peluang Pasti Bola Kedalam Gawang.Jangan Banyak "Curi Ayam" Itu Merugikan Tenaga Kerana Serangan Kita Asyik Terbatas.Yang Penting Sekali Pandai-Pandailah Menjinak SAang Gajah Dengan Idea Sebagai Raja Rimba.Selamat Berjuang Harimau Malaysa .Tekaan Saya #THAvsMAS (1-2).#AFFSUZUKICUO2014

"EVENT SERVICES" KLIK



Saturday, December 6, 2014

MAMPUKAH KITA? MALAYSIA VS VIETNAM AFF2014

Hari Di Setiap Pelusuk Orang Berbicarakan Tentang Perlawanan Separuh Akhir Bolasepak Terhebat Asia Tenggara #SUZUKIAFFCUP 2014 .Nasib Anak Buah Dollah Salleh bagaikan terumbang ambing di awal Kejohanan,Apatah lagi siri Perlawanan Persahabatan menampakan kegagalan.

Tapi Harimau Malaya seolah-olah mendapat semangat baru selepas Mereka berjaya membaham Sang Singa (Singapura) dengan Jaringan yang memberansangkan 3-1.Apatah lagi di hadapan penyokong #Redlion di Stadium Kallang.

Walaupun Kehilangan Amri Yahya Dan Shukor Adam Coach Dollah Pasti Mempunya Ramuan Rempah Perlawanan yang cukup untuk mencari kemenangan dalam Perlawanan yang akan diadakan di Stadium Shah Alam pada 7hb 12.2014 (Perlawanan Separuh Akhir Pertama)..Coach Dollah dan anak buahnya memerlukan sekurang-kurang 2 gol tanpa balas untuk bekalan selesa untuk di bawa ke Hanoi dalam Perlawanan timbal balas kedua pada 11.12.2014.

Kita masih membicarakan keupayaan pertahanan kita,walaupun Khairul Fahm(Apex) sudah berjaya mengawasi gawang dengan cemerlang,tetapi kekadang kesilapan yang dilakukan oleh pertahanan boleh menyebabkan gawang kita bolos.Pertahanan di harapkan tidak memngelirakan Apex dihadapan gawan serta jangan mudah memberi pemain lawan melepaskan sepakan.Jangan mudah beri sepakan percuma bahaya tu...

Bahagian Tengah,kita masih berjaya menguasai,Tetapi jangan terlalu leka membuat hantaran yang salah.Walaupun sesekali silap itu boleh mengundang padah.Kita sebolehnya jangan memberi pemain lawan melepasi dari kawasan tengah padang permainan kita.

Penyerang kita,masih lagi tumpul,Safee walaupun berjaya memecah kebuntuan jaringan,tapi banyak peluang yang sepatutnya berjaya membahayakan gol lawan terlepas.Mat yo tak payahlah getel banyak sangat...Kita main berpasukan.Pandai-pandailah player kita main secara berlakon,mana tahu dapat Sepakan percuma.Itulah kebiasaan yang akan di lakukan oleh Vieatnam,

Ayuh,,,Player ke 12 Penyokong Harimau Malaya kita beri sokongan padu.

Jangkaan Penulis MALAYSIA 3 VIETNAM 1 #SUZUKICUPAFF2014


Wednesday, December 3, 2014

UPDATE E-BRIM 2015

Seperti Di Umumkan Oleh Menteri Kewangan Merangkap Perdana Menteri Malaysia,BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA #BR1M Terus Di Berikan Kepada Sesiapa Yang Layak Untuk Tahun 2015,Dengan Anggaran Pemberian Sebanyak RM900.00 Dengan Cara 3 Kali Bayaran.

Bagi Yang Layak Anda Boleh Kemaskini Permohonan Anda DI https://ebr1m.hasil.gov.my/  



Semoga Dengan Bantuan Ini Dapat Meringankan Kepada Sesiapa Yang Layak dan Memerlukan.
Cuma Pesan Saya Juga Kita Janganlah Terlalu Mengharap Kepada Bantuan Kerajaan Semata-mata,Kita Harus Juga Berusaha Keras Demi Kemajuan Diri kita sendiri.

Bagi Yang Dah Mampu Tak Perlulah Memohon,Kepada Kerajaan Terima Kasih daun Keladi,Tahun Depan Berilah BR1M lagi.


"PRO CLEAN SERVICES" KLIK

Saturday, October 18, 2014

PERUMAHAN PRiSMA Di nusajaya

#PRISMA Perumahan Rakyat Iskandar Malaysia,PRISMA Satu kawasan Perumahan Untuk Di Sewakan Kepada rakyat Yang Memerlukan.Rumahnya Cantik,Apa Yang Aku Harap Kerajaan Lebih Banyak Menyediakan Rumah-rumah sebegini.



Kuala Lumpur...Di Sini Ada Rahsia

  Hari Ini Kuala Lumpur ,Sunyi Penghuninya Bagai Melepaskan Sebuah Rindu ,Memerap Di Istana Masing-masing .Ada yang Melepaskan Apa Tersimpan ber minggu.Alhamdulillah. Hari ini Hujung minggu aku Dan Fimily Bertandang ke Kota.Dalam menghiburkan anak-anak.Sambil Aku....#Ceritadikualalumpur